Wednesday, April 4, 2012

Safee Sali Cerai Talak Satu Dengan Isteri Sabrina Yusof

Safee Sali

Pemain bola sepak negara, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor Ahad lalu.

Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran Safee dan Sabrina beserta peguam kedua-dua belah pihak.

Mohd Safee Mohd Sali dan Sabrina Yusofsah cerai talak satu

Pada Selasa lalu, Safee membuat keputusan membatalkan perintah kembali taat kepada isterinya dan mahu menyelesaikannya perkara itu di luar mahkamah. Dia memfailkan permohonan tersebut pada November lalu. Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana. Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.Nor Syaza Syaqina, 4, dan Norsyasya Safirna, 2 tahun.
Kedua-dua anak mereka diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Safee kini bermain bola bagi pasukan Pelita Jaya, Indonesia dengan mendapat kontrak bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai imbuhan lain.

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More