Adi Putra dan Aida Yusof semasa bercuti di Paris Januari lalu
Adi Putra mengesahkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Adi Putra menjelaskan keputusan untuk bercerai itu adalah persetujuannya dengan isteri yang mahu berpisah secara baik.
Malah, perceraian itu difahamkan merupakan jalan terakhir selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga. Tetapi apakan daya kerana setakat ini sajalah jodoh kami," katanya.
Adi Putra dan Aida Yusof semasa mengerjakan umrah
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," luahnya yang seperti tidak mahu mengulas lanjut.
Adi Putra dan Nora Danish "Aku Terima Nikahnya"
0 comments:
Post a Comment